Honkai: Star Rail

Honkai: Star Rail (Cina ringkas: 崩坏: 星穹铁道code: zh is deprecated ; pinyin: Bēnghuài: Xīngqióng Tiědào; secara harfiahnya "Honkai: Landasan Kubah Bintang") ialah permainan video berperanan fantasi 3D percuma dibangunkan dan diterbitkan syarikat miHoYo di bawah jenama HoYoverse-nya. Ia merupakan judul keempat dalam siri Honkai, menggunakan watak-watak baharu bersama rupa lain watak sedia ada daripada latar mainan Honkai Impact 3rd."Landasan Bintang" (Cina ringkas: 星铁道code: zh is deprecated ; pinyin: xīngtiědào) menjudulkan permainan ini menggambarkan kewujudan suatu kereta api antara najam yang muncul dalam latar permainan. Honkai (hōkai (崩壊?) hasil penjepunan ungkapan asal Cina ringkas: 崩坏code: zh is deprecated ; pinyin: bēnghuài "kemusnahan") dalam konteks latar tersebut pula adalah kuasa luar biasa utama yang mampu memusnahkan sebarang alam tamadun diharungi setiap kali mara.